Friday 13 July 2012

BERMULANYA AKU MENULIS..

Assalamualaikum semua..tak tau di mana harus ku mula...tujuan aku mencipta blog "Di sini Hatiku Menulis " ini sekadar ingin berkongsi rasa, berkongsi hati terutama dengan insan bergelar wanita di luar sana tertutama mereka yang telah lama berkahwin namun belum mempunyai cahayamata..Di sini aku ingin berkongsi tips, petua, luahan rasa @ cerita di sebalik perjalanan aku ingin bergelar seorang ibu suatu hari nanti..InsyaAllah..

Maaf semua, aku tidak dapat berkongsi gambar, berkongsi fb @ berkongsi apa saje pengenalan yang memungkinkan orang mengenali aku..cukuplah sekadar orang mengenali aku dari blog ini sahaja kerana cerita2 yang akan aku kongsikan nanti sesetengahnya merupakan cerita mengenai kehidupan aku sehari2..Rupa @ gambar tidak penting..yg penting adalah komen @ pandangan yg ikhlas dari sesiapa sahaja yang bakal membaca di laman blog ini tanpa mengenali identiti sebenar diri ini..

Blog ini merupakan satu medium untuk aku meluahkan rasa..Blog ini diariku...perjalanan aku sebagai seorang isteri, anak & menantu...

Sekian, akan menulis di lain kali..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...